11 September 2012

Budak Melaka Datang Ganu

Assalamualaikum.

Tengah-tengah buat kerja dekat opis,telefon tiba-tiba mendendangkan lagu TEGANYA from DADIDO.Rupanya my ex-housemate call,dia cakap sekarang OTW ke Terengganu.Wah happy tak terkata la.My bestfren nak datang..dia datang pun tak lama.Just datang untuk seminar kerja dia.

Petang tu jugak cik effa siap-siap nak jumpa dia.Dia stay di Hotel Permai Inn Batu Burok.Sesampai kat sana borak-borak kejap.Al-maklumla lama tak jumpa.Rindu saat-saat belajar dulu bersamanya.Kenangan terlalu indah ketika berada di alam kampus.HUHUHU..

Cik effa bawak dia pegi jalan-jalan dekat Anggulia Beach Resort.Sebab kebetulan sekolah mak buat kem UPSR kat sana.So join la kejap.Dapat la jugak makan-makan sikit.HIHIHI..tak lama pun duk sana.Dalam 2 3 jam jew.Lepas maghrib cik effa anta dia balik hotel sebab malam tu dia nak pi karoks dengan bos.HAHA.Cik effa x join la sebab nak balik cepat.Kesian kat adik esok Exam.So dia kena balik study dulu.Walaupun sekejap je dapat jumpa tapi best.Nanti datang la lama-lama sikit..hihi..

 Chalet Anggulia Beach Resort

Me n Jina in Hotel Permai Inn

01 September 2012

Wedding di Hari Raya

Assalamualaikum

Hari raya ke-5 cik effa attend wedding kawan satu kerja.Malas nak pegi sesorang so ajak adik ngan akak join sekali sebab akak pun nak ajak attend kawan dia punyer wedding.First pegi ke Pulau Duyong umah kawan.Mujur tak berapa jem jalan masa tu..Lepas bergambar semua kitaorang ke Nor Arfa Batik plak attend wedding kat situ.Fuyoo kagum arh dia buat kat sana.Da lama giler kot tak pergi Nor Arfa Batik tu.Siap ada dewan sekali ng chalet kot..tu pun x sure sangat chalet ke ape,sebab tengok dari jauh.Grand jugak la kawan akak ni buat.Sewa dewan saja sekali dengan kerusi meja RM 2000 tuu..ADOOIII..tapi sangat best suasana dia..Haa..pasni sape-sape nak kawen buat la kat situ ya..hihihi

 Buat muka seposen dulu.Jem masa nih

 Yeay kawan kite da kawenn!

 U look so beautiful dear.

 Makan dulu kat sini!

 Jeling-jeling sikit kot2 ada mamat hensem

 Pelamin dia cantekkkk

 Meja beradap raja sehari

I dapat 2 goodies bag tau!

27 August 2012

Salam 3 Syawal

Assalamualaikum

3 syawal lepas cik effa buat open house.Tahun ni main menu nasi dagang dan laksa terengganu.Laksa tu mak order 2 kuah.1 kuah putih satu lagi kuah merah/masak.Main menu tu ofkoz la tak buat sendiri.Jarang sangat hari raya kitaorang masak sendiri.Sebab biasa ramai yang datang.Nak masak pun x larat.So order jer la.Nasi dagang 2 gantang dalam RM 200.Laksa plak RM 100.Tahun ni order sikit jer,tak macam tahun-tahun lepas,biasa dalam RM 500 melayang jugak.Tahun ni mak sedara ramai raya kat KL.Dan yang raya kat KL pon x balik teganu.Kalo tak,mau nye penuh,sarat rumah ni ha...

Special menu adalah puding triffle.Dibuat khas dari cik effa dan kakak..emang ermmphhh la orang cakap kan.Rugi sape tak rasa triffle kami.Sekelip mata je habis licin sampai ada yang menjilat bekas triffle.kuang-kuang-kuang..tipu jer!

 Sedang enak menikmati triffle

 Kami tetap dengan tema HITAM

 Cantek tak tudung kami..hihihi

Ni student kakak mai beraya jugak...

26 August 2012

Salam 2 Syawal

Assalamualaikum

Haa seperti  entry yang sebelum ni kitew janji nak update 2 syawal plak kan..

Seperti kebiasaannya open house dibuat raya ke-2.Tetapi di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan cik effa buat open house raya ke-3.Sebab saudara belah mak,tak sempat lagi kitaorang nak pergi beraya umah diaorang.Tak beraya sangat pun.Korang tahu tak,tahun ni cik effa beraya 3 buah rumah aja.Tak seronok langsung tahu??Tapi tak pe lah yang penting pagi raya dah sembahyang raya dan ziarah pusara arwah belah mak dan ayah.So happy dah dengan menda tu semua.

Pusara tok belah mak area bandar.Dalam gambar pun nampak WISMA NEGERI..hihihi..mak asal Gong Kapas.So raya cik effa tak berapa indah la sebab tak merasa pulang kampung jauh-jauh.Cuma rumah cik effa tengah-tengah.Dari rumah effa ke kampung ayah 15 minit,ke kampung mak pulak 15 minit kalau x jam.hihihihi..Untung jugak kawen dengan orang dekat kan.Takde la susah-susah nak balik kampung.waaaa

 Di hadapan pusara tok

 Gulung tikar pon senyum beb!

 Gelagat abang dengan adik bongsu

 Makan dan makan sampai kembung

 picnic di hari raya *Lagun Kuala Ibai

Suke r pic nieee

25 August 2012

Salam 1 Syawal

Assalamualaikum

terketar-ketar plak jari jemari menaip entry kali ni.Pasal pa??pasal lama x update.sebulan puasa dan da nak habis raya baru nak update.sangat-sangat malas nak update lagi-lagi bulan ramadan.kijenya tido aja.kihkih..
Belum terlambat lagi cik effa nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang mengenali cik effa dan jugak yang tak kenal tu buat-buatla kenal ye.hihihi..

Raya tahun ni family cik effa sepakat tema MAROON.Sebenarnya cik effa tak berapa like sangat kaler ni.Tapi sebab nak samakan kaler dengan baju melayu hantaran tunang abang.So terpaksa la beli kaler maroon tahun ni.Sesungguhnya bila dah besar ni kan tak berapa nak syok dah beraya.Lagi-lagi kalau da kerja memang telan air liur jela tengok budak-budak dapat angpau raya.Baju raya tahun ni pun ala kadar jer.4 pasang je pon.Tak macam dulu-dulu kalau raya je tak sah kalo x 10 pasang.Bapak banyak baju raya cik effa kan.Lagi-lagi sebab duit mak semua tu yang belikan.HAHAHAHA

Tahun ni kitaorang sembahyang raya dekat masjid bukit payong.Terlambat jugak nak pegi sebab tunggu masing-masing bersiap.Last-last saf da penuh sampai ke pintu.Terpaksa la kitaorang sembahyang kat luar.Lepas je sembahyang raya kitaorang pergi ziarah kubur arwah tok + tokki belah ayah dekat Binjai Rendah.Lepas tu baru pergi beraya umah saudara saudari cikibom cikibom.

Ok setakat ni saja entry untuk 1 syawal.Esok insyaallah menyusul entry 2 Syawal..hihihihi...

Sedekah Yassin+doa untuk arwah

 Khusyuk tadah doa

 Arwah tok kami bernama SEMEK BINTI JUSOH

 Beraya di rumah Mak Cik Dah

 Beraya di rumah CHO

Family Potret

11 July 2012

Wordless Wednesday #13


p/s:Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia *SK Tengkawang* memang best giler.enjoyy!!

08 July 2012

Chilled Oreo Cheese

Assalamualaikum...

Selamat pagi ahad.Hari ni terbangun lambat gara-gara sambung tido sebab termimpi dapat surat kerja baru.muahahaha....mujur my dad tolong gerakkan pukul 6.30 pagi tu.Kalau tak,memang terlewat sangat la pegi kerja tuh.Dan kemujuran lagi sebab hari ni bos xder.Dia ada meeting.Alhamdullillah...takut jugak nanti kena sound sebab datang lambat.Tapi x la lambat sangat.just 5 minit je lambat pon.hihihi...

Ok hari ni cik effa nak share resipi Chilled Oreo Cheese.Memang sedap giler sebab cik effa ni penggemar cheese!!chilled ni ala-ala aiskrim tau..tapi bukan sejuk beku..ala-ala jerk..hehehe..satu lagi bahagian Platting tu nampak macam hotel x..sebab ade orang x percaya cik effa buat.Sebab nampak platting tu macam kat hotel..hihih...lantak la nk pecaya ke idok...ade i kesah???





Resipi:

Bahan-bahan-

250 g cream cheese
200 ml wipping cream
80 g mentega
60 g gula halus
1 1/2 sudu teh gelatin halal (Jenama NUR)
125 ml air suam
1 paket biskut oreo

Cara-cara-

1)Putar cream cheese bersama gula hingga kembang
2)Dalam mangkuk lain,putar wipping cream sampai kembang
3)Serbuk gelatin dibancuh dengan air suam sampai nampak jernih
4)Satukan cream cheese dengan wipping cream
5)Masukkan gelatin dalam cream cheese
6)Hancurkan oreo dan masukkan mentega,gaul sebati
7)Masukkan oreo yang telah digaul tadi dalam loyang/bekas,padat-padatkan
8)Masukkan campuran cream cheese tadi diatas loyang yang telah dipadatkan dengan oreo tadi
9)Masukkan dalam freezer selama 3 - 4 jam
10)Lepas tu boleh la tabur lebihan biskut oreo kat atas plak..hehe..

::SELAMAT MENCUBA::

06 July 2012

Maggie

Assalamualaikum..

Korang suka makan maggie x?Haa...ni cik effa nak share skit pasal bahaya makan maggie.Tak dinafikan,diri sendiri pon suka makan maggie.Especially time duk sekolah menengah dulu.Sebab duduk asrama penuh.So penuh la dalam almari stok maggie.Alhamdullillah sekarang ni dah jarang sangat-sangat makan maggie.Lagipun banyak benda lain lagi nak makan.Mujur diri ku ini cepat sedar..haha..tapi kadang-kadang mari terliur makan jugak..ngekkk toll lah!


p/s: So start dari sekarang korang kena kurangkan makan maggie yark..hehehe...

05 July 2012

Wedding Ceremony My BFF

Assalamualaikum..

Happy Thursday...ok aritu cik effa de janji kan nak buat 1 entry pasal wedding ceremony kawan cik effa ni..Hari ni baru dapat publish sebab gambar member baru upload dekat facebook.hehe

Nway cik efa nak citer,yang cik effa pegi sorang je dari Terengganu ke Klang.Sampai dekat Klang member tolong amek.Dan pagi sabtu tu kitaorang bergerak dari Klang ke Melaka.Sebenarnya nak p ramai-ramai dengan ex classmates..tapi masing-masing ada hal plak..so cik effa memang da prepare awal-awal dari segi kewangan,tiket bas dan juga cuti telah diluluskan oleh pentadbir.Memang excited gile la nak p sana.Rindu sama kawan-kawan..yang nikah ni pun my ex roomate.Ekceli saya dan my bff ni kawan sekelas.Tapi di awal sem,kitaorang xder la rapat sangat.Masing-masing ada geng.Cik effa start rapat dengan dia pun start awal sem 4 sebab dapat bilik sama masa masuk hostel baru.Start dari situ la kitaorang kamcing kaw-kaw punyer.

Dia seorang kawan yang sangat sporting,baik dan memang sekepala dengan cik effa.Dah anggap macam keluarga sendiri pun ada.Antara kami tiada rahsia,chewah!!Kadang-kadang hari minggu cik effa ajak dia balik rumah cik effa..kesian kat dia plak tinggal dia sorang-sorang kan kat bilik..hehee...Opss banyak pulak cik effa ngomel kan..heee..Cik effa memang dah kenal suami kawan ni.Dulu pernah jumpa la sekali time cik effa pegi Melaka umah kawan ni la..dia ajak skali ikut dia dating..ahakss..

Cik effa gembira sangat akhirnya diorang nikah jugak walaupun banyak kali jugak diorang ni gaduh time kapel tu.hahaha.cik effa la tempat dia meluahkan perasaan tu.."saya seorang pendengar yang setia la katekan"..tapi alhamdullillah jodoh mereka panjang.akhirnya mereka menjejakkan kaki ke pelamin jua akhirnya.CONGRATES u ALL.

Selamat pengantin baru my fren!

Happy nye tengok pengantin tu!

 Alamak tinggi pulak kau jina..(high heel 4 inci nih)

 suka sangat dapat makan.haha


 My old classmates except free hair tu yerp

 happy nye semua dalam gambar nie!

 Menunggu si Prince Charming..kuang..kuang!

04 July 2012

Wordless Wednesday #12


p/s:Selamat Pengantin Baru buat my BFF a.k.a exroomateku Siti Najjina Azutdin.Tunggu nanti cik effa buat entry khas untuk wedding ceremony ni yerP..sebab sekarang tengah tunggu gambar siap..hikhikk...

03 July 2012

Rahsia Penurunan Berat Badan Berkesan

Assalamualaikum..

Hari ni cik effa nak share dengan korang semua pasal rahsia ni.Ekceli cik effa tengah berusaha semampu dan sekaras yang mungkin untuk menurunkan berat badan neh.Kan cik effa sekarang tengah on diet with HERBALIFE.ngeh..ngeh..ok jom baca rahsia ni..cik effa kopipes dari coach cik effa...



Azam tahun baru; "Aku nak turunkan berat badan kali ni!" Sekarang ni dah hujung bulan Jun. Macamana dengan azam anda? Ramai orang sangat bersemangat semasa awal tahun, 2-3 minggu awal tu memang ada perkembangan positif. Tiba-tiba anak anda demam. Anda kena outstation. Ada dateline baru nak kena kejar. Petang je asyik hujan. Terlalu banyak jemputan kenduri. Kucing beranak. Program diet anda terganggu disebabkan [kejadian] menyebabkan anda [alasan] jadi berat tak turun/naik.

Tapi ada seorang yang anda kenal dalam tempoh 6 bulan ni dia berjaya turunkan berat badan! Perubahan dia sangat ketara! Muka dah lonjong, badan dah slim/berotot, nampak kecik, dan banyak lagi. Anda pun terpikir, kenapa dia menjadi tapi aku tak?  Aku buat salah ke? Aku tak bagus ke? Atau mula perkecilkan keputusan orang tu. Ala dia bujang, sempat la pegi senam. Ala dia tak keje, aku ni keje banyak dan sibuk. Ala dia ada duit, boleh la beli produk/pegi gym mahal/ambil trainer. Jawapan untuk soalan di atas ialah BUKAN disebabkan anda tak bagus. Perkecilkan kejayaan orang lain pun tak membantu. Pengalaman saya buat WELCO, saya dapat tengok mereka yg bagus sikapnya dan mereka yang hangat tahi ayam je. Kali ni saya nak kongsikan apa rahsia orang yg berjaya, iaitu mereka ubah tabiat lama ke tabiat sihat.

Kenapa Anda Gagal?

1) Target terlalu tinggi
Nak turun 10kg dalam sebulan, bila cuma turun 1-2kg je terus rasa teruk/fail/hilang mood. Nak senam hari-hari, tapi hari ni tak sempat senam, terus esok, lusa pun tak senam. Nak jaga makan, tapi ada jamuan makan kat pejabat, terus dah tak mau diet. Ada tak persamaan dengan diri anda? Target yg terlalu besar adalah resepi utama untuk gagal.

2) Tak tahan dugaan
Dugaan memang banyak di sekeliling kita. Jika di supermarket, di kaunter bayaran tu penuh snek, coklat, aiskrim. Di pasar malam, lebih banyak makanan bergoreng dari makanan sihat. Restoran makanan segera dan kedai mamak berlambak sana sini, sedia dibuka 24 jam. Kalau makan di restoran, makanannya mesti tinggi MSG untuk lebih sedap. Jika kalah dengan dugaan, kita akan kembali ke tabiat lama.


3) Tak sabar
Dunia moden sekarang ni semua nak cepat, jadi orang anggap weight loss pun sepatutnya cepat. Dalam sebulan tu terus nak nampak result, walhal lemak tu bertahun-tahun dalam badan. Kombinasi tak sabar + target tinggi akan menyebabkan rasa kecewa dan terus rasa dah gagal, walaupun keputusan dah mula nampak sedikit.

4) Tiada sokongan
Selalunya mereka yg berdiet akan buat seorang/sembunyi/senyap. Ini kerana mereka berasa malu dan takut jika tidak berjaya. Bila terima dugaan, semangat akan mudah luntur kerana tiada sokongan atau tempat mengadu.

Bagaimana ingin membina tabiat sihat

Momentum akan membantu anda mengubah tabiat. Jika kita membuat perubahan drastik, tubuh kita juga akan melawan perubahan yg kita lakukan, ini menyebabkan akan mudah kembali ke tabiat lama. Tapi jika perubahan yg dibuat itu kecil tapi terus menerus dan konsisten, ia akan kekal lebih lama. 

1) Pilih satu tabiat yg mudah dilakukan dan fokus untuk buat hari-hari
Nak makan secara sihat? Ubah sarapan pagi je dulu. Nak berhenti minum air manis? Next time cuba order air kosong. Nak banyakkan minum air kosong? Mula dengan habiskan 1 botol air mineral sehari. Nak senam? Sampai di rumah, terus buat lompat bintang 50 kali. Fokus untuk buat tabiat baru ni selama 1-2 minggu.

2) Tingkatkan sikit demi sikit
Bila dah biasa dengan rutin sihat yang baru, tingkatkan sikit demi sikit. Bila dah berjaya ubah sarapan, ubah makan malam pula. Bila dah cut air manis, cuba gantikan snek manis pula seperti kuih, coklat, kek dengan snek sihat seperti buahan, kurma, prune. Bila dah boleh habiskan 1 botol air mineral, cuba 2 botol pula. Tingkatkan lompat bintang dari 50 kali ke 100 kali. Sekali lagi, teruskan fokus untuk 1-2 minggu lagi.

3) Hadapi gangguan/cabaran
Anda akan hadapi gangguan yg akan mengganggu momentum anda. Selesaikan secepat mungkin. Sediakan sarapan sihat pada waktu malam. Bawa bekal air ke mana-mana. Beli buahan dan simpan stok di rumah atau pejabat. Sediakan baju dan seluar track, bila sampai rumah terus tukar untuk bersenam. Permudahkan perkara yg melibatkan rutin anda supaya anda segera melaksanakannya.

4) Akauntibiliti
JANGAN BUAT ALASAN. Alasan hanya laku untuk anda seorang sahaja. Minta bantuan suami/isteri/adik/kakak/kawan untuk bagi peringatan pada anda jika mereka nampak anda tak lakukan. Atau set hukuman jika anda miss. Jika hari ni tak buat, esoknya anda kena buat 3 kali ganda. Hukuman paling kuat ialah duit. Jika anda tak buat/miss, anda kena bayar RM10 pada mereka yg bagi peringatan. Jadi anda tiada alasan lagi untuk menyelesaikan rutin-rutin sihat mudah tersebut.

Mulakan perubahan tabiat anda hari ini. Pilih 5 rutin sihat mudah dan fokus untuk anda lakukan selama seminggu. Jika anda berjaya lakukan untuk seminggu, jangan lupa untuk raikan 'kemenangan mini' anda dengan orang yg menyokong anda. Tips ekstra, raikan dengan perkara yg tidak melibatkan makanan; seperti tengok wayang, hadiah bunga, main bowling, dll.

28 June 2012

Makanan oh makanan!

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak post gambar makanan jerk.sebab tak der idea nak post ape..3 jam fikir nak post ape dalam blog ni.sambil-sambil buat keje..last-last terfikir nak post gambar makanan jer.Ekceli makanan kat bawah tu ada yang di masak sendiri dan dimasak oleh tukang masak di salah sebuah restoren.ngeh2..

so hope enjoy dengan gambar di bawah.Kalau nak resipi leh click labels resipi ok?Kat situ tak der lah banyak sangat resipi.Tapi boleh diguna pakai..hehehehe...

 chicken mix ball (sendiri masak okey!)

 Hot Plate ayam cendawan (Mayang Village)

 Mini Pizza ( i buat jugakk)

 Nasi Goreng Pataya (Restoran Darwisy)

 Kuew Tiaw Ratna (Restoran Darwisy)

Doh Pizza yang menggebusss

27 June 2012

Wordless Wednesday #11

 Mr.Karam Kan Kapal Itu

Selami lautan dalam!

p/s:Bila tension tengok si JOHAN ni terus hilang tension..ngeh!ngeh!

26 June 2012

Rombongan Hantar Menantu Bibi & Irwan

Assalmualaikum.

Aritu de join rombongan hantar menantu sepupu cik effa sorang nih..Perjalanan x la jauh mana..dalam 1 jam lebih jer.Rumah pengantin lelaki dekat bandar Dungun...Ekceli cik effa suka sangat tengok pelamin diorang.Jarang jumpa orang buat pelamin macam ni..agak-agak berapa riban yerk??Cik effa penah gtau dengan sister yang cik effa kalau kawen nanti nak buat pelamin kereta kuda.Ala-ala cinderella gitue..haha...Ok tau harga nya mahal..mungkin impian..insyaallah jadi kenyataan..hehe..

Sempat jugekk snap gambo jambatan Dungun!

Konvoi

I loike the pelamin!

 Semoga berbahagia my kazen!

Sepupu-sepupu ku!noty now