Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

03 July 2012

Rahsia Penurunan Berat Badan Berkesan

Assalamualaikum..

Hari ni cik effa nak share dengan korang semua pasal rahsia ni.Ekceli cik effa tengah berusaha semampu dan sekaras yang mungkin untuk menurunkan berat badan neh.Kan cik effa sekarang tengah on diet with HERBALIFE.ngeh..ngeh..ok jom baca rahsia ni..cik effa kopipes dari coach cik effa...



Azam tahun baru; "Aku nak turunkan berat badan kali ni!" Sekarang ni dah hujung bulan Jun. Macamana dengan azam anda? Ramai orang sangat bersemangat semasa awal tahun, 2-3 minggu awal tu memang ada perkembangan positif. Tiba-tiba anak anda demam. Anda kena outstation. Ada dateline baru nak kena kejar. Petang je asyik hujan. Terlalu banyak jemputan kenduri. Kucing beranak. Program diet anda terganggu disebabkan [kejadian] menyebabkan anda [alasan] jadi berat tak turun/naik.

Tapi ada seorang yang anda kenal dalam tempoh 6 bulan ni dia berjaya turunkan berat badan! Perubahan dia sangat ketara! Muka dah lonjong, badan dah slim/berotot, nampak kecik, dan banyak lagi. Anda pun terpikir, kenapa dia menjadi tapi aku tak?  Aku buat salah ke? Aku tak bagus ke? Atau mula perkecilkan keputusan orang tu. Ala dia bujang, sempat la pegi senam. Ala dia tak keje, aku ni keje banyak dan sibuk. Ala dia ada duit, boleh la beli produk/pegi gym mahal/ambil trainer. Jawapan untuk soalan di atas ialah BUKAN disebabkan anda tak bagus. Perkecilkan kejayaan orang lain pun tak membantu. Pengalaman saya buat WELCO, saya dapat tengok mereka yg bagus sikapnya dan mereka yang hangat tahi ayam je. Kali ni saya nak kongsikan apa rahsia orang yg berjaya, iaitu mereka ubah tabiat lama ke tabiat sihat.

Kenapa Anda Gagal?

1) Target terlalu tinggi
Nak turun 10kg dalam sebulan, bila cuma turun 1-2kg je terus rasa teruk/fail/hilang mood. Nak senam hari-hari, tapi hari ni tak sempat senam, terus esok, lusa pun tak senam. Nak jaga makan, tapi ada jamuan makan kat pejabat, terus dah tak mau diet. Ada tak persamaan dengan diri anda? Target yg terlalu besar adalah resepi utama untuk gagal.

2) Tak tahan dugaan
Dugaan memang banyak di sekeliling kita. Jika di supermarket, di kaunter bayaran tu penuh snek, coklat, aiskrim. Di pasar malam, lebih banyak makanan bergoreng dari makanan sihat. Restoran makanan segera dan kedai mamak berlambak sana sini, sedia dibuka 24 jam. Kalau makan di restoran, makanannya mesti tinggi MSG untuk lebih sedap. Jika kalah dengan dugaan, kita akan kembali ke tabiat lama.


3) Tak sabar
Dunia moden sekarang ni semua nak cepat, jadi orang anggap weight loss pun sepatutnya cepat. Dalam sebulan tu terus nak nampak result, walhal lemak tu bertahun-tahun dalam badan. Kombinasi tak sabar + target tinggi akan menyebabkan rasa kecewa dan terus rasa dah gagal, walaupun keputusan dah mula nampak sedikit.

4) Tiada sokongan
Selalunya mereka yg berdiet akan buat seorang/sembunyi/senyap. Ini kerana mereka berasa malu dan takut jika tidak berjaya. Bila terima dugaan, semangat akan mudah luntur kerana tiada sokongan atau tempat mengadu.

Bagaimana ingin membina tabiat sihat

Momentum akan membantu anda mengubah tabiat. Jika kita membuat perubahan drastik, tubuh kita juga akan melawan perubahan yg kita lakukan, ini menyebabkan akan mudah kembali ke tabiat lama. Tapi jika perubahan yg dibuat itu kecil tapi terus menerus dan konsisten, ia akan kekal lebih lama. 

1) Pilih satu tabiat yg mudah dilakukan dan fokus untuk buat hari-hari
Nak makan secara sihat? Ubah sarapan pagi je dulu. Nak berhenti minum air manis? Next time cuba order air kosong. Nak banyakkan minum air kosong? Mula dengan habiskan 1 botol air mineral sehari. Nak senam? Sampai di rumah, terus buat lompat bintang 50 kali. Fokus untuk buat tabiat baru ni selama 1-2 minggu.

2) Tingkatkan sikit demi sikit
Bila dah biasa dengan rutin sihat yang baru, tingkatkan sikit demi sikit. Bila dah berjaya ubah sarapan, ubah makan malam pula. Bila dah cut air manis, cuba gantikan snek manis pula seperti kuih, coklat, kek dengan snek sihat seperti buahan, kurma, prune. Bila dah boleh habiskan 1 botol air mineral, cuba 2 botol pula. Tingkatkan lompat bintang dari 50 kali ke 100 kali. Sekali lagi, teruskan fokus untuk 1-2 minggu lagi.

3) Hadapi gangguan/cabaran
Anda akan hadapi gangguan yg akan mengganggu momentum anda. Selesaikan secepat mungkin. Sediakan sarapan sihat pada waktu malam. Bawa bekal air ke mana-mana. Beli buahan dan simpan stok di rumah atau pejabat. Sediakan baju dan seluar track, bila sampai rumah terus tukar untuk bersenam. Permudahkan perkara yg melibatkan rutin anda supaya anda segera melaksanakannya.

4) Akauntibiliti
JANGAN BUAT ALASAN. Alasan hanya laku untuk anda seorang sahaja. Minta bantuan suami/isteri/adik/kakak/kawan untuk bagi peringatan pada anda jika mereka nampak anda tak lakukan. Atau set hukuman jika anda miss. Jika hari ni tak buat, esoknya anda kena buat 3 kali ganda. Hukuman paling kuat ialah duit. Jika anda tak buat/miss, anda kena bayar RM10 pada mereka yg bagi peringatan. Jadi anda tiada alasan lagi untuk menyelesaikan rutin-rutin sihat mudah tersebut.

Mulakan perubahan tabiat anda hari ini. Pilih 5 rutin sihat mudah dan fokus untuk anda lakukan selama seminggu. Jika anda berjaya lakukan untuk seminggu, jangan lupa untuk raikan 'kemenangan mini' anda dengan orang yg menyokong anda. Tips ekstra, raikan dengan perkara yg tidak melibatkan makanan; seperti tengok wayang, hadiah bunga, main bowling, dll.

24 May 2012

Rutin Baru

Assalamualaikum...

Bestnye bekerja hari khamis kan.Sebab separuh hari jerk.hihihihihi...
Ok hari ni cik effa tak puasa.Sebab arini banyak kena keluar rumah.Amek adik-adik balik dari asrama.
So jumaat ni plak lah kite puasa.hehehe..

Bercerita pasal rutin baru ni...rasa macam best sangat.Cik effa dah tukar cara pemakanan tau...
Korang bila lagi nak tukar?hahahaha...Sekarang ni dah tak turun makan kat kantin dah.Sebab bawak bekal je masuk opis.hikhik...Bekal ape erkkk.....ermmmm...

hihihi...snacking di kala stresss..grrrr


Cik effa just bawak buah epal sebijik,buah oren sunkist sebijik,yogurt fat free dan semestinya 2 liter Teamix.hihihihi...Serius..mesti korang kata kan..xlapar ke...?Yerppp...memang tak lapar pun.Sebab sebelum kuar rumah tadi dah minum SHAKE F1.Itulah rahsianya.hihihihi..

ini lah opis kecik ku..best duk sorang2 dalam bilik aircond.hahaha

Cik effa just bawak makanan tu sebagai snacking jer.Kalau rasa bosan,stress ke ape ke..leh la makan snack tu.SNACK berkhasiat lagi tu..hihihi..kena amalkan banyak makan buah-buahan dan sayuran.WALAUPUN cik effa ni bukanlah penggemar sayuran dan buah-buahan..Tapi disebabkan cik effa fikir dalam program HERBALIFE ni cik effa kena habiskan banyak wang ringgit...itu yang terpaksa makan jugak benda alah ni..hihi..tapi takpeee...tak kesah pon...dari selama ni asik makan nasi goreng,mee goreng,keropok goreng,pisang goreng,kek bla..bla..bla...kita tukarkan makanan tu pada buahan dan sayuran plak..Lama-lama jadi terbiasa dan happy plak makan macam ni..Tapi program ni boleh makan nasi sekali sehari tau.Time makan nasi waktu lunch aje..tu yang best..

23 May 2012

Penimbang Digital

Salam...

Hoooreeeyyy..hoooreeeyy...
Saja nak habaq hang...cik effa baru je beli semalam penimbang berat badan digital ni.hihihi
happy sangat..memang lama dah nak beli.Tapi masa tu belum serius nak turunkan berat badan.

Actually kat umah dah ada 2 penimbang biasa..Tapi susah nak baca bacaan dia.Tak tepat..lagi satu kalau nak baca bacaan dia..xboleh tengok sesorang..kena ada orang yang tolong tengok.
"Alasan je sebenarnya..hahaa..padahal memang x turun pon berat tu..HAIPPSS"



Kalau x memang lari bacaan ...hahaha...kalau yang digital baru senang nak tahu dalam seminggu tu turun 100gram je ke kan...x la hati tu kuciwa bangat bila tengok penimbang x bergerak.hahaha...

Penimbang ni x la mahal sangat.Just beli kat COSWAY je.Harga biasa rm181.Tapi cik effa dapat harga ahli so harga nye...RM79 sahaja..kih..kih..penimbang ni boleh scan lemak badan,berat air,berat otot dan BMI..best2...

p/s:moga-moga cepat turunnnnnn AIM hari raya ni nak kurus sket..wakakaka...:)

22 May 2012

Salam 1 Rejab

Assalamualaikum semua...
tup..tap..tup..tap..dah pun menjelma 1 rejab hari ni kan.kejap je masa berlalu...

Alhamdullillah hari ni cik effa berpuasa..Mesti ramai kan berpuasa hari ni..??Jom sama-sama kita ikhlas kan diri kita untuk berpuasa pada bulan rejab ini.Tak perlu paksa-paksa nak berpuasa sebab bulan Rejab.hihii...itu atas masing-masing kan.Atas ikhlas tak ikhlas..banyak dapat pahala jika berpuasa di bulan Rejab ni.


Actually cik effa berpuasa ni ada sebab nya jugak selain dari puasa sunat.Cik effa berazam nak puasa bulan ni sebab nak kurus.hikhikhik...kan sekarang ni cik effa amek HERBALIFE.So ramai yang dah guna produk ni cakap kalau puasa lagi cepat turun.Insyaallah kalau azam kuat dan dapat control makan..ofcozzes akan cepat turun kan..

Sebelum ni pernah sehari cik effa berpuasa menggunakan HERBALIFE ni.Sangat berpuas hati la sebab..masa sahur cik effa amek SHAKE F1 2 scoop + susu anlene perisa coklat 2 scoop + 400ml plain water dengan TEAMIX 400ml.Sepanjang waktu sebelum berbuka tu rasa ok jer la walaupun ada penat sikit.Tak terasa lapar pun.Pastu masa berbuka pun cik effa amek SHAKE dengan habiskan TEAMIX yang berbaki 1600ml tu..sepatutunya dalam jadual makan HBL ni..boleh makan nasi or makanan sihat bewarna warni start pukul 9.30 ke atas..agak-agak kalau time ramadhan tu lepas terawih la..tapi cik effa tak terasa lapar plak.so tak makan la supper tu.engat nak makan jugak nasi ke ape ke yang ada..tapi disebabkan rasa kenyang..just tinggal macam tu jer.
Tapi hari ni berpuasa lain macam plak rasanya.Letih jer badan harini.Padahal SHAKE dan TEAMIX cik effa dah amek masa sahur.bangun pun lambat hari ni.Pergi kerja drive kereta 30 minit ngantokkss nye matakuu ini.Sampai tempat kerja pun letih je.Kepala pun x berapa ok sangat.Tapi blog berjalan jer.hahahaha...harap-harap boleh tahan sampai pukul 7.15 petang ni..huhuhu..

Tapi hari ni pagi cik effa timbang..alahaiiii..tak turun plak angka tu.nampak tak nampak je pasal timbang biasa je bukan yang digital.Rasa-rasa nak beli je timbang digital lah plak.Baru tahu berapa gram turun dalam seminggu kan.Walaupun hanya 0.5 gram je kn..hihihi..Tapi takpe cik effa akan teruskan usaha ni sampai laa dapat best result.Doakan cik effa agar berjaya dalam misi menguruskan badan yerk.hahahahaha...



20 May 2012

Herbalife

Assalamualaikum...

Hari ni saya dengan sukacitanya saya ingin memberitahu kamu semua bahawa saya sedang mengambil makanan yang sungguh berkhasiat dan marbeles..hikhikhik...


::tanak cakap panjang..sebab baru 2 minggu amek ni.memang dah ada perubahan tapi tanak share lagi,
tunggu dapat berat ideal dulu baru share::