08 July 2012

Chilled Oreo Cheese

Assalamualaikum...

Selamat pagi ahad.Hari ni terbangun lambat gara-gara sambung tido sebab termimpi dapat surat kerja baru.muahahaha....mujur my dad tolong gerakkan pukul 6.30 pagi tu.Kalau tak,memang terlewat sangat la pegi kerja tuh.Dan kemujuran lagi sebab hari ni bos xder.Dia ada meeting.Alhamdullillah...takut jugak nanti kena sound sebab datang lambat.Tapi x la lambat sangat.just 5 minit je lambat pon.hihihi...

Ok hari ni cik effa nak share resipi Chilled Oreo Cheese.Memang sedap giler sebab cik effa ni penggemar cheese!!chilled ni ala-ala aiskrim tau..tapi bukan sejuk beku..ala-ala jerk..hehehe..satu lagi bahagian Platting tu nampak macam hotel x..sebab ade orang x percaya cik effa buat.Sebab nampak platting tu macam kat hotel..hihih...lantak la nk pecaya ke idok...ade i kesah???





Resipi:

Bahan-bahan-

250 g cream cheese
200 ml wipping cream
80 g mentega
60 g gula halus
1 1/2 sudu teh gelatin halal (Jenama NUR)
125 ml air suam
1 paket biskut oreo

Cara-cara-

1)Putar cream cheese bersama gula hingga kembang
2)Dalam mangkuk lain,putar wipping cream sampai kembang
3)Serbuk gelatin dibancuh dengan air suam sampai nampak jernih
4)Satukan cream cheese dengan wipping cream
5)Masukkan gelatin dalam cream cheese
6)Hancurkan oreo dan masukkan mentega,gaul sebati
7)Masukkan oreo yang telah digaul tadi dalam loyang/bekas,padat-padatkan
8)Masukkan campuran cream cheese tadi diatas loyang yang telah dipadatkan dengan oreo tadi
9)Masukkan dalam freezer selama 3 - 4 jam
10)Lepas tu boleh la tabur lebihan biskut oreo kat atas plak..hehe..

::SELAMAT MENCUBA::

6 comments:

Alynn Nyzaa said...

yummy! bestnye :D

EfFa mArIfA said...

mmg best!!hehe...:p

ieda said...

alamakkkkkkkkkkk yummy ! ;)

EfFa mArIfA said...

hehehe..orang mkn produk HBL tak boleh makan ni..haha

man said...

nampak menyelerakan..

EfFa mArIfA said...

mmg menyelerakan..:p