11 August 2010

Tips-tips Membuat Roti

1. Perkara pertama sebelum membuat roti, sediakan segala alatan dan bekas menguli, pemilihan bahan amat penting, bahan akan mempengaruhi, hasil roti yang dibakar nanti. Suhu air suam dan susu juga pastikan tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, kira suam-suam kuku lah, suhunye lebih kurang 30darjah.

2. Pastikan semua sukatan bahan tepat, tapi sukatan cecair tu boleh adjust, bahan yang lain kalau boleh jangan di tokok tambah lah, terutamanya sukatan marjerin atau butter, butter dan marjerin tak boleh lebih, sebab kandungan garam dlm dua bahan ini akan mematikan yis.

3. Yis perlu aktif, kalau nak selamat buat proses penapaian, caranya, ambil air suam dlm suku cawan, campur 1/3 sudu kecil tepung gandum dan 1/2 sudu kecil gula, masukkan yis dan biarkan seketika, jika yis berbuih maknanya yis aktif dan boleh terus dicurah di dalam adunan. tu cara selamat lah, tapi kalau confident boleh terus letak je yis kering dlm adunan.

4. Proses menguli, buat roti ni boleh terus lebur je semua bahan, tapi kalau ade penggunaan telur, telur perlulah di kocak sedikit menggunakan garpu, uli hingga menjadi doh, uli selama 6 hingga 8 minit tanpa henti.

6. Proses pemerapan, pastikan doh di perap di tempat yang mempunyai cahaya matahari, jika duduk di luar negara musim sejuk, letak doh di sebelah heater, jangan biarkan doh di dapur, sbb doh perlu suhu yang agak panas untuk mengembang, dan tutup doh dengan plastic wrap ataupun kain bersih, pastikan doh naik dua kali ganda, lebih kurang 1 jam atau hanya 40 minit. Cara nak tau doh dah cukup diperap ialah, apabila kita tekan doh dengan jari, doh tidak akan memantul kembali.

7. Tumbuk-tumbukan doh bagi keluarkan angin, dan uli semula beberapa minit, kemudian bahagikan doh mengikut kuantiti yang anda suke, dan kemudian perlu juga rehatkan beberapa minit, lebih kurang 8 minit, baru dimasukkan inti ataupun di letakkan terus dlm loyang pembakar.

8. Setelah dibentuk kena perap lagi, bab ni kena jaga-jaga ye, jgn over perap, nnt liang2 roti jadi besar dah roti takkan gebu, masa perap ni jgn lama, paling lama pun sejam, yang paling elok hanya 40 minit, ataupun bila dah tgk naik dua kali ganda tu terus je boleh bakar.

9. Sebelum bakar, kena glis dulu kan, mengikut pemerhatian effa, untuk mendapatkan permukaan doh yang berkilat tu, kita kena campurkan telur, susu dan beberapa titik madu, gliss perlahan atas doh, dan terus bakar, jangan gliss terlalu awal, nnt rosak permukaan doh tu, make sure bila nak bakar sahaja baru gliss ya.Tapi effa x gliss pun..haha

11. Masa bakar tu, bakar pada suhu 170 hingga 200 darjah, tapi effa selalu guna suhu oven 150~180darjah lah, bila nampak doh dah perang kt permukaan nye tu, terus buka pintu oven dah cover atas roti tadi dengan alumunium foil, pastikan permukaan roti betul-betul tertutup, kemudian tutup kembali pintu oven dan biarkan masa pembakaran selesai. Tips ini amat membantu untuk mendapatkan pemukaan doh yang tidak begitu perang.

Ha, macam mana byk yang perlu kita jaga kan bila buat roti ni kan, dan kalau guna breadmaker pun kena jaga-jaga masa membentuk roti tu, klu bakar terus dalam breadmaker selalu nya takde masalah.

Buat roti pun bukan terus boleh jadi, first time effa buat roti pun, rotinya keras boleh baling ke dinding, tapi effa tak putus asa,effa terus cuba dan terus mencuba sampai lah mahir dalam bab meroti ni, dan effa kongsikan pengalaman dan tips, ikhlas buat semua, jika ade yang effa tertinggal tolong bagitau ye

semoga roti anda semua menjadi..hikhik





No comments: