04 March 2012

Ikan Siakap 3 Rasa

Salam...
Ekceli da lama x post pasal resipi ni..
maklum la..sekarang da jarang memasak kat rumah..
bukan malas hokeyy...just x sempat nk masak sbb balik keje da lewat..
letih la u olls...hehehe

ok ni resipi ek..sila cuba tau..cincai jer nih..



1 ekor ikan siakap

Bahan A
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu sos lada hitam
sedikit serbuk pati ayam
sedikit ajinamoto

Bahan B
1 biji bawang besar -dipotong dadu
2 ulas bawang putih-dipotong dadu
1/2 batang karot-dipotong dadu
1/2 batang timun-dipotong dadu
1 biji tomato-dipotong dadu
1 tangkai lada merah + hijau-dipotong kecil

Cara-cara

-Goreng ikan siakap dengan disapu sedikit garam
-toskan ikan yang telah siap digoreng-ketepikan
-Panaskan sedikit minyak 
-masukkan bawang putih dan bawang besar 
-masak hingga kekuningan
-masukkan lada dan semua bahan yang telah didadu
-masukkan semua sos dan bahan perasa
-last sekali masukkan ikan siakap yang telah digoreng tadi.

siapp...senang kan..hehehe...

No comments: