Assalamualaikum,hari ni cik effa nak share resipi puding laici.sangat senang nak buat ni.Kalau tak jadi jugak korang buat,maknanya bukan salah resipi,tetapi terima lah hakikat yang korang x pandai memasak..ekekeke...jangan marah yaa....;p
Bahan-bahan
-1 paket agar-agar (bites)
-1 tin laici
-1 tin susu cair
-2 liter air
-300g gula pasir (kalau suka manis boleh tambah lagi sukatan ke 400 g)
-1 senduk kordial laici
Cara-cara
-Panaskan air dalam periuk
-Masukkan agar-agar,kacau perlahan-lahan biar sekata dan pastikan tidak berketul yaa..
-Masukkan gula,kacau hingga mendidih.
-Jangan lupa letak kordial sekali.kacau hingga sebati.
-Last sekali baru letak susu cair.
-Tutup api,kacau 2 hingga 3 minit
-Tuangkan dalam bekas
-Masukkan dalam freezer selama 10-15 minit
-Keluarkan dan masukkan buah laici bersama air laici
P/S-Keluarkan dan tapis buah laici.Air laici tu jangan buang ya..letak dalam mangkuk dan tambah sedikit air gula supaya ada rasa manis dan masam air tu.pastu baru tuangkan sedikit dalam bekas yang dah ada puding tu yaa...
SELAMAT MENCUBA!!