18 June 2012

Gelisah WEH

Assalamualaikum...


Hari ni macam xdok mood nak keje.Hok ALoh lah.Boss pun xdok jugok arini...Sekarang ni datang perasaan membuak-buak nak tukar tempat kerja dan kalau boleh nak tukar kerja terus.

Rasa dah bosan mengadap ebook tiap-tiap hari dan sesangat x suke pada orang yang suka bagi arahan buat kerja orang lain yang xder lansung kaitan dengan bidang tugas gua!Siapa lu nak suruh-suruh gua buat semua tu..lu ingat sikit..lu staf jugak.gua bukan bekerja bawah lu.Gua ok kalau bos or pentadbir suruh gua buat kerja.Tapi kalau staf-staf yang suruh..gua panas bebbbbb~huhuhu..sabo jer la

Cik effa harap sangat nanti berjaya dalam temuduga kerajaan negeri teganu.Harap sangat-sangat.Walaupun harapan kemungkinan tipis.Sebab jawatan yang cik effa nak temuduga tu tiada lansung dan tak de kena mengena dengan course yang cik effa belajar dulu..


Kawan-kawan tolong doakan agar cik effa berjaya yer.Nak bernazar kalau dapat kerja ni nak puasa 1 hari dan nak belanja family makan besar.Insyaallah...:)

14 June 2012

Cream Puff Simple

Assalamualaikum...

Arini nak share resipi cream puff..simple jer nak buat.Pasti sedap...cuma rupa jer kurang menarik.hikhik....


Bahan untuk cream puff:

250 g mentega
1 sudu besar gula
150 g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
4 biji telur
1/2 kecil esen vanilla

Cara-cara:

-Panaskan mentega.Bila cair masukkan gula beserta air
-Bila dah didih,masuk tepung dan kacau cepat-cepat dengan api paling perlahan
-Kacau sampai sebati tau (masa ni ia jadi pekat)
-Tutup api dan biarkan sejuk
-Pukul telur bersama esen vanila dalam mangkuk
-Masukkan telur ke dalam adunan tepung yang dah sejuk tadi.
-Masukkan dalam piping bag dan pakai nozzle star (saya xpkai pun sebab xder).
-Pipekan secara bulatan dan tekan tanduk supaya nampak lebih cantik
-Bakar dalam oven bersuhu 200 darjah celcius selama 15-25 minit.(Ikut keadaan oven masing-masing yer)

Bahan-bahan custard cream

2 cawan susu segar
5 sudu tepung kastad
8 sudu gula

Cara-cara:

-Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk.Kacau dengan api sederhana
-Kacau sampai pekat
-Tutup api

***Lepas siap bakar cream puff boleh la hiris puff tu.Jangan sampai putus.Dan boleh la letak cream custard.

SELAMAT MENCUBA!!


13 June 2012

Wordless Wednesday #9


Rindu dengan kakak ku...Kenapa lah dia posting jauh sangat...Harap-harap tahun ni dapat tukar ke Terengganu.

11 June 2012

Tentang Pokok


Assalamualaikum...

Harini lambat sikit update blog..sebab BIG BOSS dah masuk keje hari ni.So kena la rajin-rajin lepak dekat opis tingkat 2.Opis cik effa tingkat 3...Lepak lah sangat...Akceli bukan melepak pun,memang buat keje lah..Arini bz lah jugak nak kena siapkan carta organisasi...Ekceli tu memang sangat bukan dan bukan keje cik effa..terpaksa jer buat tu atas arahan...huhu..terima jerlah...

Ekceli nye cik effa nk citer pasal gambar kat atas tu..hihihihi..Cantik tak pokok yang cik effa amek tu???please cakap cantik hokeyyy. Ok sebenarnya bukan pokok cik effa nak stori dekat sini...hehehe...OK.OK.OK.merepek sudaaa....

Korang nampak x ada 2 buah lori disebalik pokok tu...Agak-agak kenapa erk dia berenti kat situ???hehehe...Mesti korang xtahu kan..ok..sebenarnya lori tu diarahkan berenti sebab BAPAK POLISI /JPJ yang suh diorang berenti..hihihi...kena saman lah tu..sebab nampak abg polis tu bawak buku saman..yerla xkan nak suh sain autograf pulekkkk kan..mybe bawak muatan berlebihan kot...

Banyak jugak lori kena tahan semalam..cik effa xsempat nak kidnap habis pic-pic tu..sebab xberapa nampak sangat.Ni pun dari dalam opis amek pic..bhahaha...Bercerita pasal saman ni...cik effa dah kena 2 kali saman..Sedih dan frust pun ade.Melayang jer duit bayar saman..ok taknak cerita lagi pasal saman cik effa,nanti cik effa terganggu emosi..hihihi..

10 June 2012

Selamat Pengantin Baru Rina dan Rino #1

Assalamualaikum...

Selamat Pengantin Baru buat my kazen...Rino dan Rina dengan pasangan masing-masing.Seronok kot buat sekaligus 2 orang.Jimat belanja dan yang penting meriah bangatttt...Ekceli majlis akad nikah memang lain-lain hari.Majlis akad nikah Rina 31 Mei 2012 di Kg Seberang Takir,Rino plak di Kg Rhu Sepuloh Setiu pada 1 Jun 2012.So 2 Jun 2012 majlis mereka bersama...Bersanding Rina dan sambut menantu Rino.

Bergambar kenangan bersama pengantin

Happy jugak sebab dapat jumpa sepupu-sepupu.Al-maklum lah..sepupu cik effa ramai..tak silap sepupu paling kecik baru masuk 1 tahun pada tarikh nikah.Budak tecik tu duduk atas riba pak sedara dalam gambar atas ni..adik kepada pengantin lah.hehehe.Total sepupu dalam 100-+ belah mak sahaja.Sebab cik effa cucu yang ke 86 gitu...hikhik...

Majlis akad nikah Rina

Majlis Persandingan Rina

Sambut Menantu Rina

Hantaran Rino kepada pasangan

Persandingan Rino

Majlis akad nikah Rino

Oklah takde benda nak diceritakan lagi...cuma nak bagitahu..azam nak kuruskan badan sebab nanti nak kawen cepat...hahahaha...k byee!!

p/s:nama pengantin Rina :Khairina Fatihah dan Rino :Khairino Farhadi..hikhik

Selamat Hari Lahir Buat Ayah

Assalamualaikum..

First of all,saya nak ucapkan "Selamat Hari Lahir yang ke 62" buat ayahku yang tersayang.Walaupun abang sulung tak balik sebab kerja di Lumut Perak,tapi sambutan hari lahir tetap berjalan..hehe..

eat nasi kukus @ restoran darwisy K.Tganu

umur tu muda dari umur sebenar..hehe

Walaupun hadiah yang diberi tak seberapa..tapi ianya ikhlas dari hati ini untuk ayah yang selalu dicintai dan disayangi.Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas ayahku,semoga Allah menyembuhkan penyakit yang ayahku hidapi selama ini,semoga Allah memberi kurniaan rezeki yang melimpah ke atas ayahku.

Semoga ayah panjang umur.....................

birthday present