28 June 2012

Makanan oh makanan!

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak post gambar makanan jerk.sebab tak der idea nak post ape..3 jam fikir nak post ape dalam blog ni.sambil-sambil buat keje..last-last terfikir nak post gambar makanan jer.Ekceli makanan kat bawah tu ada yang di masak sendiri dan dimasak oleh tukang masak di salah sebuah restoren.ngeh2..

so hope enjoy dengan gambar di bawah.Kalau nak resipi leh click labels resipi ok?Kat situ tak der lah banyak sangat resipi.Tapi boleh diguna pakai..hehehehe...

 chicken mix ball (sendiri masak okey!)

 Hot Plate ayam cendawan (Mayang Village)

 Mini Pizza ( i buat jugakk)

 Nasi Goreng Pataya (Restoran Darwisy)

 Kuew Tiaw Ratna (Restoran Darwisy)

Doh Pizza yang menggebusss

27 June 2012

Wordless Wednesday #11

 Mr.Karam Kan Kapal Itu

Selami lautan dalam!

p/s:Bila tension tengok si JOHAN ni terus hilang tension..ngeh!ngeh!

26 June 2012

Rombongan Hantar Menantu Bibi & Irwan

Assalmualaikum.

Aritu de join rombongan hantar menantu sepupu cik effa sorang nih..Perjalanan x la jauh mana..dalam 1 jam lebih jer.Rumah pengantin lelaki dekat bandar Dungun...Ekceli cik effa suka sangat tengok pelamin diorang.Jarang jumpa orang buat pelamin macam ni..agak-agak berapa riban yerk??Cik effa penah gtau dengan sister yang cik effa kalau kawen nanti nak buat pelamin kereta kuda.Ala-ala cinderella gitue..haha...Ok tau harga nya mahal..mungkin impian..insyaallah jadi kenyataan..hehe..

Sempat jugekk snap gambo jambatan Dungun!

Konvoi

I loike the pelamin!

 Semoga berbahagia my kazen!

Sepupu-sepupu ku!noty now

21 June 2012

Ayam Sweet Sour Simple

Assalamualaikum...arini cik effa nak share resipi ciken suwit sour paling simple.Letak bahan ikut suka hati.Tapi wa cakap lu emang pergh la.best siot..~errkkk puji diri sendiri nampak..huhu..ade i kesah????


Bahan-bahan

Isi ayam 
2 sudu minyak 
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar -potong bulat
1 tangkai daun sup/bawang
5 sudu Sos tomato
5 sudu sos tiram
5 sudu sos cili 
5 sudu sos lada hitam

Cara-cara

1)Panaskan minyak dan letak bawang putih
2)Bila dah kuning bawang tu masuk kan isi ayam
3)Tutup kuali tu dengan tudung dalam 5 minit
4)Kacau bagi semua nampak masak
5)Bila ayam dah masak baru masukkan sos-sos semua tu
6)Sedia dihidang!!


20 June 2012

Wordless Wednesday #10


p/s:Ni la ofis saya.Walaupun kecik tapi best duk dalam bilik aircond sorang-sorang plak tue internet pon adoo..tu pasal leh berblogging..hehe

19 June 2012

Selamat Pengantin Baru Bibi & Irwan #2

Assalamualaikum...

First of all,cik effa nak ucapkan selamat pengantin baru buat kazen cik effa iaitu HUSNA HABIBI.Da kawen pon my kazen.Umo sama ng cik effa.Yerla jodoh dia sampai dulu..hihihihi

Ekceli cik effa ada 2 orang sepupu umur yang sama.sorang lagi perempuan jugak.Sepupu belah ayah jer ni.Yang dalam gambar kat bawah tu..pakai baju kurung kaler putih tudung pink..GOJES X??Sape-sape nak berkenalan dengan dia haruslah seorang yang...tettttt...hehee..dok leh kabo sini..kena tanya empunya tuan badan..ngehngehngeh (statement reka jer ni.harap my kazen x marah promote dia kat sini.hahaha)

Korang tengok pelamin FULL HOUSE tu cantik tak??Kalau cantik tempahlah sekarang.hahaha..pelamin ni milik kedai si pengantin ni sendiri,termasuk baju...So sape-sape nak kawen tu boleh la singgah kat laman FB sepupu saya ni BIJAK PENGANTIN.(tokey kena bagi i payment sikit sebab i pomote..hahaha)

So selamat melayari bahtera rumah tangga.Moga berkekalan hingga akhir hayat...zassss...

Pelamin FULL HOUSE tema pink white

Menerima mas kahwin

Saat membatalkan air sembahyang & sarung cincin

hehehe..nak pose pegang bunga jugak!

sepupu yang nakal..uchh!

berseri-seri wajah pengantin

suci murni dengan pakaian putih

nak interframe!

18 June 2012

Gelisah WEH

Assalamualaikum...


Hari ni macam xdok mood nak keje.Hok ALoh lah.Boss pun xdok jugok arini...Sekarang ni datang perasaan membuak-buak nak tukar tempat kerja dan kalau boleh nak tukar kerja terus.

Rasa dah bosan mengadap ebook tiap-tiap hari dan sesangat x suke pada orang yang suka bagi arahan buat kerja orang lain yang xder lansung kaitan dengan bidang tugas gua!Siapa lu nak suruh-suruh gua buat semua tu..lu ingat sikit..lu staf jugak.gua bukan bekerja bawah lu.Gua ok kalau bos or pentadbir suruh gua buat kerja.Tapi kalau staf-staf yang suruh..gua panas bebbbbb~huhuhu..sabo jer la

Cik effa harap sangat nanti berjaya dalam temuduga kerajaan negeri teganu.Harap sangat-sangat.Walaupun harapan kemungkinan tipis.Sebab jawatan yang cik effa nak temuduga tu tiada lansung dan tak de kena mengena dengan course yang cik effa belajar dulu..


Kawan-kawan tolong doakan agar cik effa berjaya yer.Nak bernazar kalau dapat kerja ni nak puasa 1 hari dan nak belanja family makan besar.Insyaallah...:)

14 June 2012

Cream Puff Simple

Assalamualaikum...

Arini nak share resipi cream puff..simple jer nak buat.Pasti sedap...cuma rupa jer kurang menarik.hikhik....


Bahan untuk cream puff:

250 g mentega
1 sudu besar gula
150 g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
4 biji telur
1/2 kecil esen vanilla

Cara-cara:

-Panaskan mentega.Bila cair masukkan gula beserta air
-Bila dah didih,masuk tepung dan kacau cepat-cepat dengan api paling perlahan
-Kacau sampai sebati tau (masa ni ia jadi pekat)
-Tutup api dan biarkan sejuk
-Pukul telur bersama esen vanila dalam mangkuk
-Masukkan telur ke dalam adunan tepung yang dah sejuk tadi.
-Masukkan dalam piping bag dan pakai nozzle star (saya xpkai pun sebab xder).
-Pipekan secara bulatan dan tekan tanduk supaya nampak lebih cantik
-Bakar dalam oven bersuhu 200 darjah celcius selama 15-25 minit.(Ikut keadaan oven masing-masing yer)

Bahan-bahan custard cream

2 cawan susu segar
5 sudu tepung kastad
8 sudu gula

Cara-cara:

-Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk.Kacau dengan api sederhana
-Kacau sampai pekat
-Tutup api

***Lepas siap bakar cream puff boleh la hiris puff tu.Jangan sampai putus.Dan boleh la letak cream custard.

SELAMAT MENCUBA!!


13 June 2012

Wordless Wednesday #9


Rindu dengan kakak ku...Kenapa lah dia posting jauh sangat...Harap-harap tahun ni dapat tukar ke Terengganu.

11 June 2012

Tentang Pokok


Assalamualaikum...

Harini lambat sikit update blog..sebab BIG BOSS dah masuk keje hari ni.So kena la rajin-rajin lepak dekat opis tingkat 2.Opis cik effa tingkat 3...Lepak lah sangat...Akceli bukan melepak pun,memang buat keje lah..Arini bz lah jugak nak kena siapkan carta organisasi...Ekceli tu memang sangat bukan dan bukan keje cik effa..terpaksa jer buat tu atas arahan...huhu..terima jerlah...

Ekceli nye cik effa nk citer pasal gambar kat atas tu..hihihihi..Cantik tak pokok yang cik effa amek tu???please cakap cantik hokeyyy. Ok sebenarnya bukan pokok cik effa nak stori dekat sini...hehehe...OK.OK.OK.merepek sudaaa....

Korang nampak x ada 2 buah lori disebalik pokok tu...Agak-agak kenapa erk dia berenti kat situ???hehehe...Mesti korang xtahu kan..ok..sebenarnya lori tu diarahkan berenti sebab BAPAK POLISI /JPJ yang suh diorang berenti..hihihi...kena saman lah tu..sebab nampak abg polis tu bawak buku saman..yerla xkan nak suh sain autograf pulekkkk kan..mybe bawak muatan berlebihan kot...

Banyak jugak lori kena tahan semalam..cik effa xsempat nak kidnap habis pic-pic tu..sebab xberapa nampak sangat.Ni pun dari dalam opis amek pic..bhahaha...Bercerita pasal saman ni...cik effa dah kena 2 kali saman..Sedih dan frust pun ade.Melayang jer duit bayar saman..ok taknak cerita lagi pasal saman cik effa,nanti cik effa terganggu emosi..hihihi..

10 June 2012

Selamat Pengantin Baru Rina dan Rino #1

Assalamualaikum...

Selamat Pengantin Baru buat my kazen...Rino dan Rina dengan pasangan masing-masing.Seronok kot buat sekaligus 2 orang.Jimat belanja dan yang penting meriah bangatttt...Ekceli majlis akad nikah memang lain-lain hari.Majlis akad nikah Rina 31 Mei 2012 di Kg Seberang Takir,Rino plak di Kg Rhu Sepuloh Setiu pada 1 Jun 2012.So 2 Jun 2012 majlis mereka bersama...Bersanding Rina dan sambut menantu Rino.

Bergambar kenangan bersama pengantin

Happy jugak sebab dapat jumpa sepupu-sepupu.Al-maklum lah..sepupu cik effa ramai..tak silap sepupu paling kecik baru masuk 1 tahun pada tarikh nikah.Budak tecik tu duduk atas riba pak sedara dalam gambar atas ni..adik kepada pengantin lah.hehehe.Total sepupu dalam 100-+ belah mak sahaja.Sebab cik effa cucu yang ke 86 gitu...hikhik...

Majlis akad nikah Rina

Majlis Persandingan Rina

Sambut Menantu Rina

Hantaran Rino kepada pasangan

Persandingan Rino

Majlis akad nikah Rino

Oklah takde benda nak diceritakan lagi...cuma nak bagitahu..azam nak kuruskan badan sebab nanti nak kawen cepat...hahahaha...k byee!!

p/s:nama pengantin Rina :Khairina Fatihah dan Rino :Khairino Farhadi..hikhik

Selamat Hari Lahir Buat Ayah

Assalamualaikum..

First of all,saya nak ucapkan "Selamat Hari Lahir yang ke 62" buat ayahku yang tersayang.Walaupun abang sulung tak balik sebab kerja di Lumut Perak,tapi sambutan hari lahir tetap berjalan..hehe..

eat nasi kukus @ restoran darwisy K.Tganu

umur tu muda dari umur sebenar..hehe

Walaupun hadiah yang diberi tak seberapa..tapi ianya ikhlas dari hati ini untuk ayah yang selalu dicintai dan disayangi.Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas ayahku,semoga Allah menyembuhkan penyakit yang ayahku hidapi selama ini,semoga Allah memberi kurniaan rezeki yang melimpah ke atas ayahku.

Semoga ayah panjang umur.....................

birthday present


06 June 2012

Wordless Wednesday #8


p/s:suka sangat dengan gambar ni..

05 June 2012

My Car Dilanggar

Assalamualaikum 

Masih teringat lagi peristiwa semalam.Kereta cik effa dilanggar dari belakang..waaaaaaaaa...nangis x henti-henti..sayang beb..kereta baru lagi..huhuhu...mesti lepas ni dah x cantik body belakang lepas repair..huhuhu..sodissssssssssss....

Kejadian berlaku dekat traffic lite wakaf tapai,masa tu cik effa baru masuk gear "D" sebab lampu isyarat baru hijau.Tup-tup x sempat jalan bedebummmm!!! 2 kali beb kereta belakang langgar kereta cik effa..terkejut dan seluruh badan menggeletar.Adoiii...

Cik effa kuar dari kereta rupanya 3 buah kereta excident.Kereta Honda Accord yang belakang sekali yang langgar kereta kami.Mujur cik effa tekan brek.Kalau x,kereta depan cik effa mau excident jugak.kan naya tuh.

Alamak!! masa tu tangan terketar-ketar taip sms kat akak suruh call balik.Sebab kredit sangat-sangat low.Mujur boleh sms,pastu suruh ayah datang cepat-cepat...dan mujur juga rumah ngan tempat kejadian x jauh mana.tapi 20 minit jugak.muahaha..

Ok selepas mendengar penjelasan pakcik yang langgar kereta kami,baru reda sikit keadaan.Rupanya pakcik tu mula-mula tekan minyak tapi x berjalan sebab gear still "N",lepas tu bini dia cakap nape x masuk gear.Lepas dia masuk gear "D" terus tekan minyak.Rasanya tekan minyak kuat tu sebab memang bergegar cik effa duk dalam kete tu.Ok pakcik cik effa maafkan pakcik sebab pakcik pon nak bayar ganti rugi repair kereta saya kan.

ok agak sedih nengok keadaan my car.hukhuk

Tak dinafikan ramai yang macam tu.Tersilap tekan minyak dekat traffic lite tanpa tekan brek dulu,nak nak kereta auto.Memang mengadap punggung kereta depan la jawabnya.Kadang-kadang ada jugak tertekan gear "REVERSE" ..kan dah langgar orang belakang..hurmmm...itu la..kena hati-hati pasnie...orang tak biasa bawak auto memang kena hati-hati lebih sikit.(pengajaran untuk saya jugak lepas ni kena hati-hati walaupun da bawak kereta auto hampir 5 tahun)

Arini still pegi kerja dengan cik car yang kemek.Janji dengan pomen nak baiki hari khamis nanti.Harap-harap dia make up kereta cik effa serupa dengan yang asli.

abaikan rupa paras yang kotor.dah sebulan tak basuh.haha