11 August 2010

Resipi Roti Pizza Lembut

BAHAN-BAHAN UNTUK DOH

Tepung high protein
(effa guna BLUE KEY bapak mahal)
1Kg

Gula
160g

Garam
10g

Yis Kering
(effa guna Mauripan)
2 paket (22g)

Susu Tepung
(effa guna Nespray paling murah)
60g

Telur
2 biji

Air
500 ml

Marjerin
(effa guna cap Puteri paling murah..haha)
200g

Bread Softener
5g

Bread Improver
5g

TOPPING

Sosej

Keju parut

Sos Cili

Mayonis

Letak je pape yang sesuai jika
mahu.heee

CARA-CARA

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali yis+Kacau sebati,Pastikan yis masuk last sekali.

Yis perlu dibancuh dengan sedikit air bergula.(Jangan banyak sangat gula kerana boleh mematikan pengaktifan yis).

Apabila yis sudah mengeluarkan gelembung2..masukkan yis xdi kedalam mangkuk pengadun xdi.

Kacau sebati.

Uli tepung dalam 15 minit ke 20 minit.(jangan uli dalam mangkuk,keluarkan doh xdi n uli atas meja ke,papan ke or sebagainye la).

Biarkan doh naik 2 kali ganda dalam masa 1 jam

Bila doh da naik,bahagikan doh besar xdi kepada beberapa bahagian..ikut suka la..biasa effa buat 50g setiap satu doh..

Pastu bulatkan doh tersebut dan biarkan selama 45 minit or sampai kembang

Leperkan doh yang telah kembang xdi dan letak di atas dulang pembakar

Letak topping diatas doh

Bakar selama 10~15 minit dengan suhu 150~180 darjah celcius.

doh yang telah kembang 2* ganda


pizza yang telah siap dibakar

pelbgai bentuk boleh buat :)







No comments: