12 January 2013

CUTI BERGANTI

Assalamualaikum,

Uwaaaaaaaaaaa...menangis tak henti-henti sebab arini kena kerja.Sekolah ganti sebab first persekolahan aritu banjir.So sekolah tutup.Tula risiko bekerja di kawasan yang selalu naik ayakk..
Masa diumumkan cuti aritu kemain gumbira,melompat ke sana ke sini.Bila berganti mau taknye menangis berganti-ganti..HUHU

So bekerja lah dengan baik hari ni sayangku effa.HUAHUAHUA..

review sikit halaman tempat kerja ku..:)

cik effa punyer bilik tingkat 3 belah kanan..hikhik


ni kolam renang bagi ikan-ikan area asrama.

06 January 2013

KENANGAN BERSAMA KAZEN

Assalamualaikum

Pagi yang cukup indah hari ni.Sebelum memulakan kerja test-test edit picture guna Photoshop CS4.Keje berlambak-lambak tapi buat rilek ja.Sempat lagi duk edit pic.HAHA.

Ok testing jer ni.Kasi gambar jadi hidup dan kasi cerah tone calour green and yellow untuk rumput.Hasilnya pada tone tu gambar paling bawah.SO ENJOY!!




03 January 2013

REBAT RM DUA RATUS

ASSALAMUALAIKUM

Selamat pagi wahai rakan-rakan ku.Pagi ni cuaca dekat sekolah still macam semalam.Mendung dan sekali sekala hujan lebat serta rintik.Tak kesah la.Janji cuaca macam ni sangat-sangat best.HIKHIKHIK


Ni nak tanya nih,korang semua dah isi belom secara online untuk dapatkan rebat rm 200 untuk pembelian telefon pintar?Katanya untuk belia yang berumur 21-30 tahun sahaja.Yang lebih muda dan yang terlebih tua opssss..jangan nak mengada-ngada pergi isi ya.


Tak aci laa,lepas saya beli telefon pintar baru keluar bajet nih.Kalau tak,jimat sikit rm 200.WALAUPON!!.Tapi takpe lah,insyaallah ada rezeki lebih leh rembat satu lagi telefon pintar.Agak-agak samsung galaxy tab ngan Ipad dapat tak??cehh berangan jer.Jangan nak membazir lah cik effa.Tunggu ko kaya dulu baru leh tuka-tuka telepon macam tuka baju.HIKHIK

Ok yang nak isi tu leh isi kat sini ya ---->https://komunikasibelia.skmm.gov.my

02 January 2013

A.Z.A.M 2.0.1.3

ASSALAMUALAIKUM

Haa meh sini meh,cek nok citer sket pasal azam tahun baru ni.Actually semua orang ada azam tahun baru kan.Biasanya ramai yang cakap nak berubah la dari buat perkara tak baik kepada baik.Syukur Alhamdulillah.Dikesempatan ini cik effa ada gak azam untuk tahun baru ni.

Azam yang pertama adalah nak start balik kerjaya dalam bidang bakery.Insyaallah tahun ni cik effa nak buat bisnes cake in jar.Itupun kalau menjadi lah.Sebenarnya cik effa da buat bisnes dulu,secara kecil-kecilan aja.Dulu sebelum dapat kerja cik effa pernah buat pizza,tart telur,kek coklat moist,puding.Alhamdullillah menjadi.Tapi bila dah start kerja ni susah skit nak komitmen tu.Sebab balik kerja pun dah pukul 5 petang.Malam plak letih tidur awal.So macam mana nak buat kek kalau macam ni kan.Tapi bila cik effa fikir balik,ramai jer orang yang bekerja balik petang ni buat part time home bakery.Serius cik effa suka baking-baking ni.Dan Alhamdullillah cik effa dah jumpa kat mana nak pergi belajar buat kek in jar ni.Harap-harap bisness ni menjadi dan cik effa perlu kuat semangat.hehe


Yang kedua plak,cik effa nak diet.HAHA..yang ni masalah paling besar dalam hidup ni.Susah nak konsisten la.Kejap-kejap je diet nye.Pastu naik balik..Alahai camne ni yer.Perlu dapat berat badan ideal sekitar 65 kg.Alamak banyak lagi nihh...harap-harap pasni kena konsisten.Lagi best jika buat bersama kawan-kawan.Baru ada persaingan kan.Insyaallah berjaya sebab opismate try nak diet sama-sama untuk tahun ni.

HAAA...rasanya tu jer yang dapat cik effa kongsikan pasal azam.Pasal perubahan diri tu always tiap-tiap tahun kita akan cakap nak berubah kepada yang lebih baik kan.Insyaallah kita semua akan mendapat keberkatan dan diredhai oleh Allah.Apa saja yang kita lakukan itu.AMIN.

2013 TELAH MUNCUL

ASSALAMUALAIKUM...

Rindunya dunia blogging ni.Nak update malas sangat.Takde masa pun satu hal jugak.Dengan erti kata x berapa nak istiqamah HAHA.Amacam dengan tahun baru??Best ke tak?Orang luar of koz la sambut kan.Kami rakyat terengganu x sambut pun new year ni.Kami sambut MAAL HIJRAH.Malam tahun baru pun cik effa tido awal.pukul 9.30 malam dah tido yaww..awal tak??hehehe.

Tahun baru,sesi persekolah pun dah mula,azam tahun baru pun semua orang ada kan?Ade ke yang xder azam tahun baru???Kalau takde takpe.Ade saya kesah??Tak perlu nak marah dengan orang yang takde azam tu..OK tetttt merapu sudehh..

Seperti biasa,tahun ni negeri Terengganu dilanda BANJIR pada awal sesi persekolahan.Sepatutnya sesi persekolah dah bermula kelmarin.Tapi pihak sekolah umumkan cuti berganti disebabkan banyak laluan yang ditutup untuk ke sekolah.Al-maklumlah dekat sekolah cik effa ni ramai guru serta staf yang tinggal area Marang dan K.Terengganu.So semalam sempat la jugak keluar jalan-jalan dengan my abang yang baru pulang dari LUMUT.

So hari ni ke sekolah dengan berpakaian seperti biasa.No new baju kurung or tudung.Dah lama x bershopping baju kurung ni.Sejak kerja ni baju baru pun sutera sahaja.Itupun setiap khamis je boleh pakai nya.Rindu nak bershopping kain pasang dan upah baju ni.Time study kat kampus dulu asik-asik shopping baju kurung baru dan shawl baru.Terikut kawan-kawan katekan.Tapi i LOIKE.

Nak bercerita pasal azam baru pulak.Tapi nak kena buat entry lain la.Baru best sikit kan?ook da...(*_*)