27 August 2013

Selamat Hari Raya!!

Assalamualaikum,

Sudah 20 Syawal berlalu,baru hari ni menyempatkan diri mengarang blog.Wahh mengaranglah sangat kan..Ekceli taun ni raya memang best lah.Pasal semua family dapat gather together-gether.HAMBOOIII ayat xleh blah kan..

Malas nk citer panjang.Sebab semalam dah typing panjang-panjang pastu tetibe xder line tenet.kecewa!!!ok bai bai..








10 July 2013

SALAM 1 RAMADHAN

Assalamualaikum,

Di kesempatan ini cik effa mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat islam.Sekarang tengah updata blog dekat sekolah.Penat ehh berlambak-lambak kerja.Rehatkan minda sekejap,sesambil update blog kan.Tak salah kan??Kalau salah ada MAK KESAH??hehehe..




**Tak de keluar pekeliling lagi ke pasal buliyh balik awal arini??HUHUHU

20 May 2013

PANTAI PANDAK CHENDERING

Assalamualaikum...

Tahun ni dikatakan paling banyak keluar pi piknik lah.Aktiviti yang menyeronokkan sebab dapat kumpul adik-beradik ramai-ramai.Kebetulan masa ni cuti hari PRU 13.Abang yang keja kat Perak pon balik bersama bini dia.So ape lagi join picnic lah kan.Tapi x cukup jugak sebab abang sulong tak der.Diorang sekeluarga balik KL umah mak mentua..takpe2 lain kali join lagi.IHIKS..

Menu masak sendiri je dekat umah.Masak gulai telur itik.Marvelous tau..memang feveret cik effa nih.Pastu buat kerabu sikit,ikan panggang,gulai ayam dan tak engat dah lauk ape lagi.HAHA







05 May 2013

J.J di Kelantan

Assalamualaikum

Ish..ish...ish..da bersarang tebuan kut blog cik effa ni.Da lama tak update.hehehe..

Ni citer da lama sebenarnya,aritu cik effa dengan jayanya drive dari terengganu ke kelantan."bangga tau" hahaha...sebab sebelum ni tak pernah drive jauh.Paling jauh pon kemaman seyhh!!Al-maklumla tidak diberi kepercayaan untuk drive jauh sebab tak kenal jalan kan.Aritu kebetulan akak suruh pick up dia dekat pasir putih sebenarnya.Pastu kitorang plan nak jalan Kota Bharu.Nak menginap sana 1 malam.Akak cik effa sponser hotel kat Wakaf Che Yeh.

Mujur sehari sebelum pergi sempat install PAPAGO dekat telefon.So jalan aritu berpandukan PAPAGO lah.HAHAHA..*tak boley nak bangga sangat la kan*Ok lepas pick up akak dekat pekan Selising,terus jalan ke Wakaf Che Yeh.Sampai pon maghrib kat sana.Lepas mandi semua kitorang turun jalan-jalan sekitar wakaf Che Yeh tu.Dari pukul 9 malam sampai kul 12 malam you olss..Mau tak tercabut sendi lutut eden ni ha!!Barang yang dibeli tak derk pon...hakhakhak



Esok plak tu jalan KB Mall pulak.Isi perut dulu dekat Chicken Rice Shop.Not bad la..sebab dkt tganu pon selalu order benda sama je.Noodles and SOYA BEAN CINCAU..meletoPP hengkauuu.Lepas tu sempat check up gigi ni ha.Kebetulan ada promotion COLGATE kat sana.Mak punyer pasal lah ni..semua anak dia kena beratur check up gigi...Macam budak sekolah kan..tapi best!!dapat tengok BACTERIA.hakhakhak





Dekat KB Mall tak beli pape pon jugak.Buat sakit sendi buku lali je..*ehh ade ke sendi buku lali???ehh lantak la pe pon.*hahahaha..Lepas tu bertolak pergi Kubang Kerian singgah rumah mak sedara.Pegi melawat dia.Sebab baru lepas 3 hari suami dia meninggal.Katenye sebab sakit jantung.Sedih jugak sebenarnya.Arwah baik orangnye..Kalau kitorang datang umah..selalu sebuk2 cari makanan..hikhik...Sempat jugak tido seround hilangkan sakit belakang ngan ngantuk.Dalam kul 4 petang tu gerak balik teganu dah.Sesampai je teganu,dang molek maghrib.Alhamdullillah selamat sampai kami sekeluarga.

03 April 2013

WORDLESS WEDNESDAY


**Happy birthday my sweet niece! Ateh sayang bangat sama kamu...love u muuaahhh

02 April 2013

Acap's Wedding

Assalamulaikum..

Dah lama rasenye x bersiaran ke dunia blog.Rindu jugak kadang-kadang.Tapi apa kan daya masa tidak mengizinkan.Btw last 2 weeks ,acehhh speaking plak..haaha..cik effa ada p melaka.Attend best friend punyer wedding.Ekceli ramai yang cakap,semangat pegi.OK memang semangat pon,sebab yang kawen tu member kamcing dari kampus,satu lagi boleh jumpa kawan-kawan.Rindu sangat2 time blaja dulu.Kitorang ni macam adik beradik da.KAMCING SANGAT ~tangan di dada mata ke atas~phuiii.

Ekceli cik effa pegi awal kat melaka.Stay umah ex-housemate.Best dapat jumpa dia.

Ni makan-makan area dataran pahlawan.Best makan steamboat ngan banana split!


breakfast durian crepe n kek durian.MARVELOUS sangat

adik-adik bunga!!

Muka seronok dapat naik benda alah ni.HAHAHA

bersama pengantin...

bergambo dulu sebelum pulang.SOBSS...sedih masa ni

berpoyo-poyo an disitu

cute little babies

19 February 2013

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

Assalamualaikum,

Happy belated birthday to me!!Wah lambat betol update pasal birthday.Sebenarnya sambut besday pada hari besday la.Cuma update blog lambat 5 hari kot??HAHA..Kini sudah genap usiaku 24 tahun pada tarikh 14 Februari 2013.Harap lepas ni lebih matang,lebih berdikari dan semuanya lebih.muahahaha...

Aritu sambut besday kat KFC Batu Burok aja.Bersama pengantin baru kite.Pengantin lama kite tak dapat join sebab kak ipar demam..kesian.get well soon kak lela ku sayang!Lepas habis makan-makan lepak pantai dalam 40 minit kot.Capture gambar sikit2.Opss tapi xder dalam simpanan plak pic dekat pantai.HAHA.Ok bye tu je nak kabo.HAHAHAHAHA









18 February 2013

Angullia Beach House Resort

Assalamualaikum,

Selamat pagi u olls..Hari ni selesa sikit sebab semalam dah pegi cabut gigi.Kalau tak seharian tak dapat nak buat kerja.Arini just nak share pic-pic masa kat Angullia tempoh hari.So layan jela ek..

Berat wehh nok tarikkk...

cenyumm..

with my little bro


Dengan Mama tersayang..love u!


Keadaan luar chalet kitorang lepas majlis.HAHA

Sekitar taman tempat majlis

Borak-borak dengan photographer kejap

Port karoake kami!

17 February 2013

MY BRO WEDDING CEREMONY

Assalamualaikum

First of all,congrate to my beloved brother.Dah selamat semuanya.Majlis berjalan dengan lancar sekali.Dah pegang title suami dah yer..Moga jadi suami yang mithali,soleh dan semuanya yang baik-baik belaka hendaknya.AMIN.

Mai cheq nak habaq perjalanan majlis sikit.hihi...Kalo tak nak baca bole slow-slow tinggalkan blog cheq na...HAHA.

9.2.2013
Ok majlis akad nikah berlangsung di surau taman bukit sawa pada pukul 10 malam.Mak aii pengantin pompuan da bersiap kul 9.Pengantin lelaki sampai sana sebelom 9.30.Tok kadi sampai kul 10 malam.Memang TERVAIK baq angg..haha..kecian habis mekap-mekap pengantin kan.ihikss...tapi takpe asal majlis sempurna.Sempat lagi tok kadi cover line datang lewat kan.Masa abg nak jawab akad nikah tu semua berdebar.Kot2 kena lafaz banyak kali pulak kan.Da selamat lafaz semua hembus nafas berbunyi gembira.Kelakar plak..

dah selamat yerr!!

sarung cincin dan jam tangan

Lafaz

gambar gedik-gedik family.HAHA

10.02.2013

Majlis persandingan belah perempuan pada keesokan harinya.Pihak kami pengantin lelaki sampai pukul 2.30 petang.Agak lambat sebenarnya sampai.Dekat pukul 3 ptg sebab pengantin perempuan tak siap mekap lagi.Mujur dekat rumah buat makan dulu.Jamu makan laksa dulu..hikhik.Sampai sana hujan rintik-rintik.Mujur tak lebat.Kalau tak basah kuyup pengantin kite.Upacara renjis-merenjis diadakan seperti biasa.Cik effa tak ketinggalan renjis jugak.HAHA

dengan senyum terpaksa sebab kena angkat bakul paling berat..Buah-buahan.HAHA

Pinjam payung CIMB BANK sebab belah pompuan tak kasik payung lagi.HAHA

Sama cantik sama padan kan.hihihi

11.02.2013

Malam lepas kenduri belah pompuan,kitaorang terus siap-siap pegi Angullia Beach House Resort.Memang best la lepak sana.Family dah booking 2 hari dan kami sekuarga menginap kat sana.Malam engatkan nak testing mixer karaoke.Tapi kebetulan geng-geng bank rakyat buat party barbeque pulak.Diorang pun pasang karaoke.So tak boleh la nak berlawan.Tunggu esok jela pasang.Malam tu kemas2 goodies dulu.Dapat bilik belakang sekali.Dahla aircond rupa dah nazak.Tapi sejuk nye ya amattt...


Esok pagi adik,abg ng ayah pasang benda alah tu semua.Muka masing2 tak mandi lagi.Dengan ayahnya berkain pelikat.Pasang mixer tu semua tengah2 taman bunga.Bila dah siap pasang kitorang testing2 nyanyi dulu.Sebelom orang datang kan.HAHA.Memang syok habis la.Malu tu malu jugak sebab semua orang boleh dengar.Pulak CNY masa tu.Chalet memang penuh dengan manusia.Semua duk tengok kitorang karok.HAHA


Pukul 12 tengahari tu pihak pengantin pompuan tiba.Kitorang decide semua pengapit belah kitorang.Sebab nak cantik gambar.Pakai kaler ijau baju sama.Lenguh cik effa jahit border lace tu.Nak siapkan ambik masa sebulan yoww..Pengapit belah pompuan,cik effa.Adik pompuan pengapit pihak laki.Masa nak jalan tu agak kelam kabut sebab x muat.Tempat sempit.dipenuhi dengan bunga-2bunga sekeliling.Pengapit terpaksa duk belakang pengantin.Kasik pengantin jalan dulu.HAHAHA..


Masa tengah makan-makan tu kitorang ada jemputan khas dari pihak pompuan.Diorang dendangkan lagu pengatin.Suara not bad la..Hari tu yang konker karok family kitorang je.HAHAHA...cik effa sempat jugak nyanyi dalam 10 lagu camtu lah.HAHA.nyanyi sekali ng pengantin pompuan.


Keesokan harinya check out pukul 2 petang.Sebelom balik lepak pantai dulu.Best giler.Tapi ujan ya amat lebat.Nasib agak baik masa majlis tak hujan.Hujan plak tak benti sampai banjir daerah hulu.Terpaksa i pegi keje lalu laluan jauh amat!!ok la setakat tu je celoteh cik effa.no more ideas.Cuma nak ucapkan pada kak ipar baru @ mak ngah baru,selamat datang ke dalam keluarga kami..:)



Testing suara dulu

hattan bersama faradhiya.HAHA

abg deejay kiteww

menunggu pengantin pompuan tiba

pheww sape tu ek pengapit.HAHA

sekadar hiasa.HAHA

ala la la tomey-tomey

 ngetest seround

 crew-crew photographer outdoor session

Jom balik,lepas outdoor