27 August 2012

Salam 3 Syawal

Assalamualaikum

3 syawal lepas cik effa buat open house.Tahun ni main menu nasi dagang dan laksa terengganu.Laksa tu mak order 2 kuah.1 kuah putih satu lagi kuah merah/masak.Main menu tu ofkoz la tak buat sendiri.Jarang sangat hari raya kitaorang masak sendiri.Sebab biasa ramai yang datang.Nak masak pun x larat.So order jer la.Nasi dagang 2 gantang dalam RM 200.Laksa plak RM 100.Tahun ni order sikit jer,tak macam tahun-tahun lepas,biasa dalam RM 500 melayang jugak.Tahun ni mak sedara ramai raya kat KL.Dan yang raya kat KL pon x balik teganu.Kalo tak,mau nye penuh,sarat rumah ni ha...

Special menu adalah puding triffle.Dibuat khas dari cik effa dan kakak..emang ermmphhh la orang cakap kan.Rugi sape tak rasa triffle kami.Sekelip mata je habis licin sampai ada yang menjilat bekas triffle.kuang-kuang-kuang..tipu jer!

 Sedang enak menikmati triffle

 Kami tetap dengan tema HITAM

 Cantek tak tudung kami..hihihi

Ni student kakak mai beraya jugak...

26 August 2012

Salam 2 Syawal

Assalamualaikum

Haa seperti  entry yang sebelum ni kitew janji nak update 2 syawal plak kan..

Seperti kebiasaannya open house dibuat raya ke-2.Tetapi di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan cik effa buat open house raya ke-3.Sebab saudara belah mak,tak sempat lagi kitaorang nak pergi beraya umah diaorang.Tak beraya sangat pun.Korang tahu tak,tahun ni cik effa beraya 3 buah rumah aja.Tak seronok langsung tahu??Tapi tak pe lah yang penting pagi raya dah sembahyang raya dan ziarah pusara arwah belah mak dan ayah.So happy dah dengan menda tu semua.

Pusara tok belah mak area bandar.Dalam gambar pun nampak WISMA NEGERI..hihihi..mak asal Gong Kapas.So raya cik effa tak berapa indah la sebab tak merasa pulang kampung jauh-jauh.Cuma rumah cik effa tengah-tengah.Dari rumah effa ke kampung ayah 15 minit,ke kampung mak pulak 15 minit kalau x jam.hihihihi..Untung jugak kawen dengan orang dekat kan.Takde la susah-susah nak balik kampung.waaaa

 Di hadapan pusara tok

 Gulung tikar pon senyum beb!

 Gelagat abang dengan adik bongsu

 Makan dan makan sampai kembung

 picnic di hari raya *Lagun Kuala Ibai

Suke r pic nieee

25 August 2012

Salam 1 Syawal

Assalamualaikum

terketar-ketar plak jari jemari menaip entry kali ni.Pasal pa??pasal lama x update.sebulan puasa dan da nak habis raya baru nak update.sangat-sangat malas nak update lagi-lagi bulan ramadan.kijenya tido aja.kihkih..
Belum terlambat lagi cik effa nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang mengenali cik effa dan jugak yang tak kenal tu buat-buatla kenal ye.hihihi..

Raya tahun ni family cik effa sepakat tema MAROON.Sebenarnya cik effa tak berapa like sangat kaler ni.Tapi sebab nak samakan kaler dengan baju melayu hantaran tunang abang.So terpaksa la beli kaler maroon tahun ni.Sesungguhnya bila dah besar ni kan tak berapa nak syok dah beraya.Lagi-lagi kalau da kerja memang telan air liur jela tengok budak-budak dapat angpau raya.Baju raya tahun ni pun ala kadar jer.4 pasang je pon.Tak macam dulu-dulu kalau raya je tak sah kalo x 10 pasang.Bapak banyak baju raya cik effa kan.Lagi-lagi sebab duit mak semua tu yang belikan.HAHAHAHA

Tahun ni kitaorang sembahyang raya dekat masjid bukit payong.Terlambat jugak nak pegi sebab tunggu masing-masing bersiap.Last-last saf da penuh sampai ke pintu.Terpaksa la kitaorang sembahyang kat luar.Lepas je sembahyang raya kitaorang pergi ziarah kubur arwah tok + tokki belah ayah dekat Binjai Rendah.Lepas tu baru pergi beraya umah saudara saudari cikibom cikibom.

Ok setakat ni saja entry untuk 1 syawal.Esok insyaallah menyusul entry 2 Syawal..hihihihi...

Sedekah Yassin+doa untuk arwah

 Khusyuk tadah doa

 Arwah tok kami bernama SEMEK BINTI JUSOH

 Beraya di rumah Mak Cik Dah

 Beraya di rumah CHO

Family Potret